>> Monday, November 30, 2009

Assalamualaikum wwbkth, salam sejahtera buat semua pejuang agama dan tanah air tercinta. Mutakhir ini ada suatu teori sains yang tiba-tiba muncul dipermukaan bumi ini yang agak menggemparkan para saintis iaitu kemungkinan gempa besar akan berlaku tahun 2012 nanti. Akhirnya orang puteh yang antara percaya dan tidak dengan day of judgment pun telah terkial-kial menyiapkan sebuah film tentang qiamat. Seakan-akan sebuah cerita sains fiksyen yang hebat tetapi bakal menjadi kenyataan. Memang benar fenomena alam boleh terjadi di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Ada yang berlaku tanpa diduga hanya qudrat Allah shja yang mengetahui dan ada juga yang berlaku dengan hasil usaha keji manusia terhadap alam. Sifat rakus manusia yang semakin menjadi-jadi yang bukan sahaja sanggup memusnahkan hidup orang lain dengan kekasaran, menjadi batu api dan penyebar fitnah, tidak cukup dengan memperkosa sesama manusia lalu membunuhnya mereka juga sanggup memperkosa jagat raya lalu menghancurkannya dengan pelabagai jenama pembangunan dan ketenteraan atas nama uji cuba peralatan tentera yang baru dijumpai. Kita tidak faham semakin maju manusia sepatutnya mereka menjadi semakin bertamadun, malangnya jawapan adalah sebaliknya. Semakin maju manusia semakin rakus, kasar, tamak dan semakin hilang peri kemanusiannya. Bagi sang junta, kuasa adalah segala-galanya, darah manusia adalah halal yang penting kuasa. bagi si zalim lagi haloba, fitnah adalah mainan biasa. Bagi penghambur hawa nafsu, keseronokan adalah segala-galanya - jual dan beli sahaja manusia sesuka hati dengan wang ringgit asal nafsunya puas. Justeru itu, sudah sepatutnya sedikit demi sedikit Tuhan pun menunjukkan qudrat dan iradatnya ke atas jagat raya ini. Biar manusia bodoh mengatakan itu adalah fenomena alam, ah! perkara biasa. bagi ahli fikir, mereka termenung sejenak betulkah fenomena ini berlaku begitu sahaja dan bagi mereka yang ada iman, mereka mengatakan Maha Suci Allah .. mungkin benar masanya sudah terlalu hampir dekat untuk manusia dan alam ini seluruhnya pasti akan bertukar ganti.

Read more...

Memburu Klimaks Ramadhan

>> Tuesday, September 15, 2009

Assalamualaikum wwbkth,


Biasanya, dalam apa juga aktiviti yang dilakukan apabila semakin lama ia dilakukan semakin sempurna pekerjaan itu. Jika tidak mencapai kesempurnaan, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku. Oleh itu, mencari kesempurnaan adalah cita-cita yang perlu ada dalam setiap jiwa insan. Bagi seorang atlet, garis penamat adalah penentu bagi mereka untuk mendapatkan pingat emas, perak atau gangsa. Untuk sampai ke garisan penamat bukanlah satu tugas yang mudah, mereka terpaksa bersaing malah perlu menukar baton bahkan ada pula yang kena disqualified pada saat-saat akhir pertarungan. Bukan senang untuk mendapatkan tumbukan "knot out" dalam sesuatu pertarungan. Apapun, dalam apa juga perkara dan karier yang dilakukan oleh seseorang, saat-saat akhir itu adalah puncak atau klimaksnya sesiapa yang tak sampai ke puncak maka ia dikatakan belum mencapai kepuasan.

Inilah kiasan yang saya lakukan terhadap terhadap ramadhan karim ini. Biasanya ke penghujung ramadhan semakin banyak cubaan dan ujian yang dialami oleh mereka yang melakukan ibadah puasa, pergi shoping baju dan perbekalan raya, buat ot untuk dapatkan duit raya lebih, dengar lagu raya yang lemak merdu sungguh menggamit kenangan hingga terasa nak kembali semula ke zaman legasi kita satu masa dahulu dan ditambah pula dengan badan yang semakin keletihan akibat berpuasa dah masuk 26 hari ini. Terawih? tak payah pergilah malam ni kot, letih sangat nih sehari suntuk buat kerja tak ada masa nak rehat langsung. Itulah keluhan-keluhan dalam meniti malam-malam akhir ramadhan ini.

Seperti apa yang saya analogikan di atas, sebenarnya malam-malam akhir ramadhan ini sangat banyak kelebihannya kepada mereka yang benar-bener menghayati ramadhan. Suatu ketika rasulullah saw pernah diberitahu tentang malam lailataulqadar oleh Allah swt, tetapi tidak lama kemudian Allah swt telah melupakan baginda. Hikmahnya supaya Rasulullah saw dan umatnya ada sifat "mencari" malam lailatulqadar yang dinyatakan pada penghujung ramadhan. Nun jauh di Masjidilharam, semakin akhir ramadhan semakin sedih dan sayu nada para imam yang memimpin solat terawih sehingga sebak suara menahan tangisan serta qunut yang betul-betul mencengkam perasaan. Harapnya, semakin jauh kita berlari dan telah banyak liku-liku perjalanan yang telah ditempuhi sepanjang ramadhan kali ini janganlah ke penghujung ini semakin kendur dan lesu solat terwaih dan qiam lail. Di masjid dan surau kelihatan semakin sedikit safnya, balik kampung kot.. tak palah, tetapi jangan pula yang tak balik kampung tapi sibuk dengan urusan menyambut raya sehingga terlupa solat terawih.

Justeru itu, supaya kita termasuk dalam kalangan puasa golongan khawas al-khawas (puasa khusus) teruskanlah "maintain" dan "konsisten" dalam ibadah puasa serta ibadah-ibadah sunat terawih dan sebagainya. Biarlah ada rasa "berahi" puasa menuju puncak kenikmatan pada penghujung ramadhan ini sama seperti mereka yang mengejar pingat emas (walaupun pingat yang ditawarkan Allah swt lebih dari itu) pada aksi sukan. Jangan pula kita disqualified pada saat-saat akhir ramadhan ini hanya kerana perbuatan tertentu. Bersabarlah dalam menunaikan kewajipan, sesungguhnya Allah swt tidak akan menghampakan permintaan hambanya dan tidak akan meninggalkan ibadah hambanya dalam keadaan sia-sia. Sesungguhnya rahmat dan kasih sayangnya sangatlah luas untuk makhluknya, lebih luas dari segala langit dan bumi ini.

selamat berpuasa, berterawih, bertadarus, bersedekah dan berkiam lail.

Kuala Lipis
Indah Permai.

Read more...

Bolehkah Rakyat Malaysia Menghayati Kemerdekaan

>> Thursday, August 27, 2009

Nun jauh di belakang sana ratusan peristiwa tanah air telah semakin jauh meninggalkan kita. Semakin hari, bulan dan tahun masyarakat kita menyambut kemerdekaan, semakin meriah dimata semakin tipis nilai merdeka itu disanubari mereka. Bila tiba musim merdeka beratus, malah beribu poster dihabiskan, berjuta bendera dikibarkan disana sini yang akhirnya jatuh dikaki sendiri, terpijak oleh tuan bendera dan tak kurang juga dipijak lori dan bas. Kesian bendera kita, tidak ada orang yang datang menyelamatkannya. Jika dikira kosnya lagi, rasanya beberapa biji rumah kos rendah boleh siap sekiranya dikira dengan kos bendera itu. Sampai bila bila akan dimeriahkan oleh bendera, adakah warna -warni negara itu mampu mengiringi sikap warganya yang hanya suka berpesta bendera tetapi kosong jiwa merdekanya. Apalah ertinya bendera jika mereka tidakpun mengenali Dato' Bahaman, Panglima Dol Said, Tok Janggut, Mat Kilau, Mat Salleh dan ramai lagi yang gugur syahid ditangan penjajah... Orang muda, bila disuruh berpesta, tari menari, buat pertunjukkan memang mantap diiringi dengan bisikkan, "ini life kita akan disaksikan oleh seluruh masyarakat dunia.. buat yang terbaik". Berapa ramaikah di antara penyambut merdeka ini yang membaca, mengkaji, mentelaah dan merasakan empati bersama pejuang kita itu. Bila diinterview dalam tv pun tercungap-cungap er..merdeka ke berapa ye?.


Merdeka perlu dihayati dengan sepenuhnya, mengingat pejuang dengan al-Fatihah adalah adalah lebih utama dari segala-galanya apa lagi sambutan kali ini jatuh dalam ramadhan al-Karim. Membaca sebuah buku merdeka lebih bererti dari menyambut merdeka dengan hiruk pikuk dan jeritan histeria dan sebelah malamnya disambung dengan konsert, kelihatanlah mereka terkinja-kinja di pentas atas nama kemerdekaan. Sadis dan menyedihkan melihat generasi ini.

Bila dinyatakan begini, engkau bertanya lalu siapa yang boleh diharapkan untuk menyambut merdeka? Ya, insan yang terpaut hatinya dengan lakaran sejarah tanah air sahaja yang mampu menghayati sejarah tanah air. Mereka yang belajar sejarah Melayu Melaka dengan undang-undangnya, Batu Bersurat dengan tulisan batu dan isinya, tokoh-tokoh pejuang dengan darahnya, penulis-penulis yang tajam penanya untuk sebuah kemerdekaan. Mereka bukan hidup kini tapi dulu. Malangnya anak-anak kita melupakan mereka, sejarah mereka tidak kita pelajari. Kita biarkan mauskrip itu disimpan rapi di sudut khas khutubkhanah universiti. Kini sudah tiba masanya khazanah itu kita gali buat tatapan generasi ini biar mereka tahu betapa berharganya tulisan itu, cari nilai Melayu tersurat dan tersirat di dalamnya, biar mereka kagum ..oh inilah peninggalan datok ku.. Biar apapun kulit mereka, bumbung ini adalah tempat mencari rezeki, peluh yang mengalir biarlah sampai kekeringat pejuang lama dahulu, meskipun mereka tidak akan balik menjengah kita lagi namun, sekelumit biarlah jiwa pejuang itu hidup dan segar dalam jiwa anak-anak. Didiklah mereka dengan sejarah bangsa, cari nilai diri dalam bangsa sendiri.

Read more...

Ramadhan Karim dan Manusia Karim


Alhamdulillah sudah 5 hari umat Islam berpuasa, rasanya baru semalam. Begitulah cepatnya masa berlalu meninggalkan kita semua. Ada sahabat yang dulunya berpuasa bersama-sama dengan kita kini sudah tiada lagi, ada ayah yang dulu bermanja dan berbual mesra, kini sudah tidak ada lagi di sampingnya dan ada ibu yang saban waktu mengejutkan kita bangaun sahur, kini sudah tidak kedengaran lagi suara itu. Begitulah hakikatnya kehidupan manusia, letakkanlah setinggi-tinggi kesyukuran di atas peluang dan ruang yang diberikan kepada kita untuk terus menikmati ramadhan karim. Bukan sahaja kenikmatan fizikal yang luarbiasa (kelaparan itu hanya sedikit sahaja) jika dibandingkan dengan kesihatan badan yang akan kita perolehi begitu juga dengan kenikmatan makanan dan minuman yang sangat enak dengan pelbagai juadah berbuka puasa, menarik kan..itulah kenikmatan bulan puasa yang tidak pernah dikecapi oleh bangsa lain didunia ini kecuali kita umat Islam, pantas kalau mereka sentiasa cemburu melihat kita.. tetapi sayangnya hati mereka disaluti kekotoran.

Ramadhan karim, selama hari-hari yang masih wujud ini terasa diri kita bagaikan dipayungi dibawah naungan bulan mulia. Memang lain dari yang lain, walaupun berjauhan dari keluarga semuanya atas kehendak Allah swt. Cuma, bagaimana diri kita mengikut dan menurut ramadahan karim untuk sama-sama menjadi insan karim. Itulah kesukaran yang teramat sangat, puas mencuba, cuba mencari hakikat kebenaran, cuba beribadat dengan rakus namun terasa diri masih jauh mendapatka ramadhan karim sebagaimana yang dilakukan oleh para salih dan salihah dahulu. Bagaimanapun, seperti anak kecil yang belajar bertatih begitulah kita mengejar ramadhan karim, mungkin hari ini kita cuba belajar berjalan walaupun dalam usia yang agak jauh namun tidak menutup kemungkinan ramadhan karim akan menjengah kita atau kita akan menemuinya dengan sempurna pada kali ini. Carilah kesempurnaan diri dalam ramadhan karim ada insan karim alangkah indahnya...

Read more...

Kuliah Hadith - Sebaran Ilmu

>> Wednesday, August 5, 2009

KULIAH HADITH

Pengenalan

Maksud "ulum" ialah ilmu - jamakUlum Hadith bermaksud pengajian atau sains mengenai hadith.

Manakala "hadith" merupakan semua perkara perkara yang datang daripada Rasulullah s.a.w.

Umumnya, Perkara yang diteliti dalam ulum hadith ialah sanad, rangkaian perawi, dan matan, teks hadith tersebut.BAHASA BARU, JAMAKNYA (حداث, حدثاء, حدث)KHABAR ATAU BERITA#YANG DEKAT

Bahasa - Perkhabaran… (Toha 20;ayat 9)( al-Buruj 85;ayat 17)( al-Tahrim 66;ayat 3)Percakapan… (an-Nisa’ayat 42,87 )Keterangan…(al-Kahfi ayat 6)(az-Zummar ayat 23)(al-Najm ayat 59)Mimpi…(surah Yusof ayat 6,21)Cerita atau kisah…(al-Mu’minun ayat 44)(Saba’ ayat 19)

PENGERTIAN HADIS MENGIKUT AHLI-AHLI HADIS:SEGALA UCAPAN, PERBUATAN DAN KEADAAN NABI. PENGERTIAN HADIS MENGIKUT AHLI-AHLI USUL: SEGALA PERKATAAN, PERBUATAN DAN PENGAKUAN (تقرير) NABI.SESETENGAH ULAMA’ PULA MENAMBAH DENGAN SIFAT # MENURUT الزمخشري, DINAMAKAN HADIS KERANA PERIWAYATAN KETIKA MERIWAYATKAN HADIS ; DICERITAKAN KEPADA AKU BAHAWA NABI BERSABDA#MENURUT القرماني, DILIHAT DARI PERIMBANGAN DENGAN AL-QURAN YANG QADIM, DAN YANG LAHIR DARI RASULULLAH SAW ITU HADIS

Tujuan Mempelajari…………UNTUK MENGETAHUI PUNCA PENGAMBILAN HADIS (ISNAD HADIS) # UNTUK MENYIASAT KEBENARAN BAGI SESUATU HADIS # UNTUK MENGKAJI PERAWI-PERAWI HADIS # UNTUK MENGETAHUI KAEDAH-KAEDAH ILMU BAGI MEMBUAT PEMBAHAGIAN HADIS

Perkembangan Maksud

Hadith – adalah kata benda dari tahdith bermaksud pembicaraan dari sini keluarlah definisi ucapan, perbuatan dan ketetapan yang dinisbahkan kepada Nabi s.a.w. (Abd.baqa’ al-Qadhi;Hidayatul Arifin)

Ahadith-mufrad bermaksud “Buah bicara” – jamaknya Uhduthah # (Al-Farra’ -Yahya b. Ziyad ulama’ Nahu di Kifah) Hadith – bermaksud “baru” vs “qadim” merujuk kepada sunnah dan kitabullah (Syeikh Ibn Hajar;Syarah al-Bukhari)

Sunnah - Bahasa ; JALAN/SIRAH, JALAN YANG BIASA DIIKUTI SAMA ADA BAIK ATAU BURUK.# Terdapat juga ulama yang membezakan sunah dan hadith # Sunah bersifat khusus iaitu berkaitan dengan jalan keagamaan yang ditempuh dengan perilakunya /perbuatan yang suci sementara hadith bersifat umum # Sunnah Qauliyyah adalah hadith dan sunnah fi’liyyah adalah sunnah. # Hadith merangkumi sabda dan perbuatan sementara sunnah hanya perbuatan # Sunnah-Sesuatu yang berlawanan dengan bid’ah.Kerana sunnah merupakan jalan hidup yang dirintis oleh nabi manakala jalan hidup yang dirintis selain daripada nabi dikenali dengan bid’ah. #Golongan ahli hadis mentakrifkan as-Sunnah apa yang disandarkan kepada nabi,sama ada apa yang berhubung dengan perkataan,sebelum menjadi rasul atau selepasnya # Ulama’ usul mentakrifkan as-Sunnah ialah tiap apa yang diambil daripada nabi selain daripada al-Quran sama ada perkataan atau perbuatan. # Golongan fuqaha’ mentakrifkan as-Sunnah ialah perkara atau sesuatu yang diberi pahala bila dilakukan dan dicela bila ditinggalkan tetapi tidak berdosa.

KHABAR Bahasa:- Khabar-Berita yang disampaikan dari seseorang kepada seseorang.

Ikhbar-berita Ikhbar- Berita yang disandarkan kepada baginda s.a.w

Istilah:-

Perselisihan pendapat antara para ulama’

  1. Ibn Hajar al-’Asqalani,al-Khabar sama ertinya dengan al-Hadis.
  2. Berita daripada Rasulullah @ dari sahabat @

tabi’in.Untuk itu berdasarkan pengertian ini,al- Khabar itu meliputi Hadis Marfu’,Hadis Mauquf dan Hadis Maqtu’

(Menurut Hassan al-Mas’udi,pendapat pertama lebih sohih)

3.Berita yang disampaikan bukan dari Rasulullah @ selain daripada Rasulullah.

4.Menurut pendapat lain,al-Khabar diitlaqkan @ digunapakai kepada apa yang diterima daripada Rasulullah iaitu sama pengertian dengan al-Hadis.

Athar-bekas @ kesan

  • Istilah:-Perselisihan pendapat antara para ulama’ iaitu ; Pendapat pertama :-Sama maknanya dengan al-Hadis.Ia bermaksud sesutu yang diriwayatkan dari Rasulullah samada perkataan,perbuatan,pengakuan @ sifat-sifat. Pendapat kedua:-Al-Athar ialah hadis mauquf iaitu sesuatu yang diriwayatkan daripada sahabat.-Imam Nawawi (Menurut Hassan al-Mas’udi,pendapat muktamad ialah pendapat yang pertama)

Al-Qudsi - Suci atau keberkatan

Suci dan berkat kerana:

l Kedudukan yang datang daripada Allah

l Suci daripada segala sifat yang tidak layak bagi-Nya

  • PENDAPAT AL-HAITHAMI

Ucapan yang disandarkan kepada Allah dan ia dipindahkan kepada manusia daripada Rasulullah melalui perkhabaran Ahad

  • Definisi

Apa sahaja hadis yang mana maknanya tetap daripada Allah sama ada bentuk mimpi atau ilham Cuma lafaznya daripada Nabi s.a.w.

  • Hadith yang bersumber daripada nabi s.a.w dan di Sanadkan kepada Allah s.w.t
  • Sesuatu yang diberitakan oleh Allah s.w.t kepada Nabi s.a.w melalui perantaraan Jibril dengan cara ilham atau mimpi. (Kunuzul haqa’iq ms.135)
  • Nabi s.a.w menyampaikan maksud tersebut dengan menggunakan lafaz dan kalimahnya sendiri berdasarkan taufiq dari Allah s.w.t

Ciri-ciri

Makna daripada Allah dan lafaz daripada Nabi # Tidak dikira ibadat membacanya # Memperkatakan tentang fadail, sunat dan keistimewaannya # Menggunakan lafaz antaranya: # Qala Rasulullah Fima Yarwihi ‘an Rabbihi # Qala Allah Fima Rawahu ’anhu Rasulullah

Beza dengan al-Quran

  • Isi al-Quran dan susunan kalimahnya adalah mukjizat dan cabaran kepada manusia untuk menandinginya, hadith qudsi tidak demikian
  • Al-Quran firman Allah, lafaznya ibadah dan diperintahkan membaca dalam solat, hadith qudsi tidak.
  • Al-Quran diriwayatkan secara mutawatir, perintah catat dan disahkan serta ditetapkan kedudukan dalam al-Quran dari segi ayat dan surah, hadith qudsi tidak
  • Al-Quran tidakboleh boleh diriwayatkan makna atau isinya sahaja, hadith qudis boleh dengan sayarat perawinya mencukupi syarat sehingga ia dapat menggambarkan keadaan sebenar.
  • Al-Quran diwahyukan dengan perantaraan Jibril, hadith qudsi ada melalui Jibril, mimpi atau ilham.
  • Al-Quranulkarim tidak boleh disentuh/baca oleh orang yang berhadas lain dengan hadith qudsi
  • Al-Quran dipanggil ayat dan surah, tidak pada hadith Qudsi

Sunnah Zaman Nabi saw

Al-Quran sentiasa terpelihara zaman nabi saw serta sahabat (hafalan,tulisan)

sehingga baginda wafat, ia tetap terpelihara cuma pengumpulan dalam mashaf tidak dilakukan

Lain dengan sunah, ia tidak dilakukan sebagaimana al-Quran.

1 - Kurangnya tenaga tulis baca

2 - Al-quran sebagai sumber primer

3. Sahabat mendahulukan bacaan al-Quran, hafalan ayat demi ayat dan surah demi surah

4.Ruang lingkup al-sunnah sangat luas,perilaku dan sabda, peraturan dan undang-undang sejak kebangkitan hingga wafat

5. Bimbang bercampur al-Quran dengan sunnah

6. Nabi melarang menulis sunah kerana adanya golongan munafik mencari kelemahan isi al-Quran.

Adakah Sunnah Langsung Tidak di tulis….

Isu Pertama

Sunnah sebenarnya sudah ditulis dengan cara tidak rasmi seperti al-Quran(contoh: nabi memberi keizinan orang Yaman menulis Hadith sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari mengenai Kaum Khuzaah membunuh seorang Kaum Laits pada hari fathul Makkah untuk membalas dendam – baginda bersabda ..dilarang membunuh di Makkah kecuali sekejap sahaja semasa hayatnya..(baginda) jgn memungut barang tercicir, ..utk menyelesaikan pembunuhan lakukan 2 cara qisas dan tebusan…org Yaman itu berkata ya Rasulullah tulislah untukku, lalu Nabi perintahkan menulisnya) – Diriwayatkan oleh ahlusunah.

Nabi saw mengajak raja2 sezamannya memeluk Islam(memerintahkan pesan bertulis kepada pemimpin utusannya untuk dibacakan kepada mereka yang tertentu)

Para sahabat ada menyimpan dan memiliki buku catatn mengenai perkara yang didengari dari nabi. (contoh: Kitab al-Sadiqah yang ditulis oleh Abdullah b. Amr b. al-Ash.) Abu Hurairah pernah berkata “Tidak seorangpun yang lebih mengetahui tentang hadith nabi saw selain Abdullah b. Amr kerana beliau menulis sedang aku tidak..(Ahmad dan al-Bayhaqi)

PERINGKAT PERTAMA:
zaman Rasul s.a.w (Kebangkitan -13SH hingga wafat 11H

RASULULLAH SAW HIDUP DITENGAH MASYARAKAT TANPA PROTOKOL. BAGINDA SENTIASA BERSAMA SAHABAT DI RUMAH, MASJID,PASAR, MUSAFIR DLL.

SEGALA GERAK GERI BAGINDA MENJADI PEDOMAN.

KABILAH YANG JAUH PULA DATANG BELAJAR HUKUM HAKAM DAN PULANG UNTUK MENGAJAR.

CONTOH : UQBAH DARI MAKKAH TERUS KE MADINAH APABILA DIERITAHU TENTANG HUKUM MENGAHWINI SAUDARA SESUSU.(AL-BUKHARI)

CONTOH: SEORANG LELAKI MENGIRIM ISTERINYA UNTK MENGETAHUI HUKUM MENCIUM ISTERI DALAM KEADAAN PUASA-ALU DITERANGKAN UMU SALAMAH.

Tidak Semua Sahabat Tahu Tentang Perihidup Nabi saw.

ž SAHABAT BERPENCARAN MENGIKUT KEPERLUAN HIDUP – NABI MEMBERI CERAMAH TERBUKA DALAM KEADAAN TERTENTU SAHAJA.

ž ADA SAHABAT DALAM KATEGORI ASABIQUN AWALUN SPRTI KHULAFA’ & ABDULLAH IBN MAS’UD

ž SELALU BERADA DEKAT DGN NABI DAN BERUSAHA/SEGERA MENGHAFAL HADITH - ABU HURAIRAH

ž YANG SUKA MENCATAT – ABDULLAH IBN AMER IBN ASH’

ž YANG LAMA HIDUP SESUDAH NABI DAN DAPAT MENERIMA HADITH DARIPADA SESAMA SAHABAT – ANAS BIN AMLIK DAN ABDULLAHIBN ABBAS

ž YANG ERAT HUBUNGAN DENGAN NABI SAW – AISHAH&UMU SALAMAH

KENAPA HADITH TIDAK DIBENARKAN DITULIS ?

ADAKAH TELAH BERLAKU PENULISAN HADITH DALAM LARANGAN TERSEBUT?

Kenapa Sahabat Mudah Menghafal Hadith?

PARA SAHABAT MENGHAFAL AL-QUR’AN DAN HADIS. MEMIKUL TANGGUNGJAWAB UNTUK MENERUSKAN PERKEMBANGAN ISLAM DENGAN MENYAMPAIKAN AJARAN/ WAHYU YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH RASULULLAH

1. SUCI FIKIRAN & KEKUATAN YANG MURNI. MEREKA TERGOLONG DALAM UMAT YANG UMMI TIDAK MAMPU MEMBACA DAN MENULIS. MASY. UMMI HANYA BERGANTUNG KEPADA KEKUATAN INGATAN. MAMPU MENGHAFAL SALSILAH KETURUNAN DAN SYAIR.

2. KEKUATAN DORONGAN AGAMA. YAKIN DENGAN ISLAM SEBAGAI SATU JALAN YANG MEMBAWA MEREKA KEPADA KEBAHAGIAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.MEMPELAJARI HADIS DENGAN PENUH PERHATIAN DAN SEMANGAT. DITAMBAH LAGI DENGAN GALAKAN DRPD RASUL.

3, MAJLIS NABI ADALAH MAJLIS ILMIAH

4. KEDUDUKAN HADIS DALAM ISLAM.

5. RASUL MEMAKLUMKAN TENTANG TANGGUNGJAWAB SAHABAT MENERUSKAN AMANAH MENYAMPAIKAN RISALAH ISLAM.

6. USLUB BAHASA HADIS DENGAN KEKUATAN PENERANGAN YANG JARANG DIMILIKI OLEH MANUSIA BIASA. HADIS DINAMAKAN HIKMAH.

7.PENULISAN HADIS. ANTARA CARA UTAMA MENYIMPAN MAKLUMAT DAN MEMINDAHKANNYA KEPADA GENERASI SETERUSNYA DAN SALAH SATU FAKTOR HAFAZAN HADIS.

ZAMAN KHULAFA’ AL-RASHIDIN
Zaman Pembatasan Riwayat(12-40h)

SIKAP SAHABAT DALAM MERIWAYATKAN HADITH SEBELUM DAN SELEPAS NABI WAFAT

- Perintah Nabi supaya menyampaikan Hadith

“mudahan2 Allah mengindahkan seseorang yg mendengar ucapanku, dihafal,difahami lalu disampaikan kpd orang lain persis seperti mana yg didengarinya, ramai manusia yang menerima berita lebih faham daripada orang yang membawanya” (Abu Daud & Tarmizi)

“Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat” (al-Bukhari)

2. Ancaman Terhadap Pendusta Hadith

Rasul memrintahkan sahabat supaya meneliti hadith yang hendak disampaikan “cukup kiranya dosa bagi seseorang manusia yang menceritakan segala apa yang didengarnya” (Muslim dan Abu Hurairah)

Para sahabat selepas wafat Rasul sedikit sekali yang meriwayatkan hadith

ž Selepas wafat Rasulullah, para sahabat berpencaran ke merata tempat

ž Penduduk Kota lain mula menerima hadith, berkembanglah riwayat dalam kalangan tabi’in

ž Bagaimanapun, masa Abu Bakar dan Umar, riwayat hadith sangat terbatas kepada yg sangat memerlukan sahaja belum bersifat “pelajaran”

Sebab Tidak Tersebar

ž Zaman Abu bakar &Umar, periwayatan hadith belum meluas, tumpuan kpd al-Quran dan sahabat terlalu berhati-hati meriwayatkan hadith.

ž Larangan daripada Umar (dahulukan al-Quran)

ž Sifat berhati-hati dan ketelitian sahabat dalam menerima hadith sesama sahabat

ž Ada syarat khas daripada abu Bakar, Umar dan Ali dalam menerima hadith (seprti saksi dan sumpah) /ada qaul mengatakan tidak semua.

Zaman Uthman dan Ali

S.Uthman memberi ruang umat manusia menemui sahabat.

ž Sahabat kecil mula menerima dan mengumpul hadith dari sahabt besar dan mula memulakan aktiviti keluar kwsan mencari hadith

ž Bagaimanapun, periode ini tidak dibukukan hadith kerana;

- Sunah tersebat tersebar dilakangan masyarakat, ada yg dihafal dan tidak.

- Sunnah tidak terjaga sebagaimana al-Quran

- sahabat bersatu hati dlm mengumpulkan al-Quran sedang hadith tidak/ada perselisihan

- Takut bercampur dngn batil mak tertolaklah sunah

- Sahabat memberi ruang manusia mencari hadith, mengumpul sehingga “dhabit” segala sunnah

Peringkat Ke 3 Zaman Selepas Khulafa’ al-Rashidin hingga Akhir Abad 1(41H-Akhir abad 1 H)

- Keadaan umat Islam selepas wafat Nabi

- Zaman Khulafa’ Rashidin antara kecemerlangan dan isu.

- Taktik dan propaganda non muslim dalam merosakkan agama Islam

- Perpecahan awal umat Islam – Khawarij, Syiah – Jumhur

- Khawarij-pegangan dan penyelewengannya

- Syiah – pegangan dan penyelewengannya

Pendirian Sahabat dan Tabi’in

1.Mereka berpeganga kpd hadith sahih

- Membersihkan hadith daripada sisipan sesat

- 2.Tidak sukar bagi para sahabat dan tabi’in membezakan hadith benar dan palsu

- 3.Mereka membuat peraturan ilmiah untuk membezakan hadith tersebut

- 4.Selepas peristiwa S.Uthman, sahabat x lagi terima hadith sebelum diketahui sanad dan perawinya.

- Sahabat mengembara mencari hadith

- i. Jabir pernah ke Syam selama 1 bulan untk bertanya satu hadith yg belum pernah didengarinya (M.Hasbi Ms;70)

- ii.Abu Ayyub ke Mesir menemui Uqbah Ibn Amer untuk bertanya sebuah hadith (ibid)

- Apabila seorang sahabat datang para tabi’in segera mengerumuninya.

- Menyemak hadith dengan melawat antara sama lain.

- Abu Hurairah 5374 hadith

- Abdullah Ibn Umar 2630 hadith

- Anas b. Malik 2276

- Aisyah 2210

- Abdullah Ibn Abbas 1660

- Jabir Ibn Abdullah 1540

- Abu said al-Khudri 1170

- Lain-lain Abdullah ibn Amer ibn al-As, al-Zubayr, Zayd ibn Arqam dan Imran ibn Husain.

Sahabat Madinah

Kalangan Sahabat :Abu bakar, Umar, Ali, Abu Hurairah, Aisyah, Ibn Umar, Abdullah b. Umar, Abu Said al-Khudri,Zayd b Thabit

Generasi Pertama Tabi’in – Sa’id ibn Musayyad, Urwah ibn Zubayr, Ibn Shihab al-Zuhri, Ubaidullah ibn Abdillah ibn ‘Utbah ibn Mas’ud, Salim ibn Abdullah ibn Umar, al-Qasim ibn Muhammad ibn abu Bakar dan Nafi’.

Institusi Makkah

Sahabat

1. Muaz b. Jabal

2. Abdullah b. Abbas

Tabiin

1. Mujahid,

2. Ikrimah

3. ‘Atha ibn Abi Rabah

Abu al-Zubayr Muhammad Ibn Muslim

Kufah

1. Ali

2. Ubaidah

3. Al-Aswadal-Sya’by

4. Abdullah ibn Masud

5. Saad b Abi Waqas

6. Sa’id ibn Zayd

7. Khabbab ibn al-Arat

8. Salman al-Farisi

9. Huzaifah ibn Yaman

10. Ammar ibn Yasir

11. Abu Musa

12. Al-Nu’man

13. Abu al-Thufail

14. Abu Juhaifah

15. dll

Basrah – Sahabat ialah Anas b. Malik, Utbah, Imran ibn Husin, Abu Barzah, Ma’qil ibn Yasar, Abu Bakrah dll

Syam- Muaz b. Jabal, Ubadah b Shamit dan Abu Darda’

Tabi’in-Abu Idris al-Khaulani, Qabisah dll.

Mesir-Abdullah Ibn Amer, Uqbah ibn Amer, Kharijah ibn Huzaifah, Abdullah ibn Saad, dll.

Hadith Palsu

1. Khawarij dan Pemalsuan

Mengkafirkan pendusta tetapi mereka membuat hadith dusta.

menolak riwayat selain drpd golongannya

ika dibandingkan dengan Syiah, merke lebih sedikit meriwytkn hadith maudhu’

Sebab2 kurangnya hadith palsu (khawarij)

-Mereka mengkafirkan pendusta

-Majoriti mereka Badwi, x menerima org asing masuk kumpulannya, x sprt syiah ada Yahudi dan Parsi.

-Mereka memrangi musuh dengan senjata dan keberanian, tidak prt Syiah.

Syiah dan Pemalsuan

Tujuan;

-Meninggikan Ali,menjatuhkan Muawiyyah

(Ali=Nabi/Mewasiatkan Ali menjd Khalifah)

-Ingin mencari kedudukan-Mokhtar ibn Abi Ubaid

-Mereka banyak mendengar hadith dan mengetahui sanad dan matan, menjadi mudah untk mereka memalsukannya

-Menyusun kitab “Sirrul Arifin”dan mengatasnamakan sunnah.

ZAMAN PEMBUKUAN DAN KITAB2 MASHUR
(Peringkat ke 4/Abad ke 2 H)

FAKTOR KE ARAH PENYEMPURNAAN HADITH

ž KELEMAHAN BAKAT MENGHAFAL DI KALANGAN KHALAYAK.

ž PANJANG & BERANGKAI SANAD/ISNAD DENGAN SEBAB JAUHNYA MASA DAN BANYAK HAFALAN HADIS.

ž KEWAFATAN PENGHAFAL HADITH

ž BANYAKNYA PUAK/KUMPULAN YANG MENYELEWENG.

ž PERPINDAHAN KELUAR KAWASAN

ž MELUASNYA JARH DAN TA’DIL

ž TIDAK MENERIMA HADIS DRPD SESEORANG YANG TIDAK DIKENALI

ž MENYELUSURI SETIAP HADIS UNTUK MEMBUKA KEMUSYKILAN DAN MEMBENTUK KAEDAH UNTUK MENGETAHUINYA. (M.Hasbi,hlm.80)

ž PEMBUKUAN RASMI DIMULAI PADA ZAMAN UMAR ‘ABD AL-AZIZ. (Penghujung thn 100H, mengarahkan gabnor Madinah Abu Bakar Ibn Hazm, juga gabenor lain. Arahan kepada Muhammad Ibn Shihab al-Zuhri lalu berkembanglah penulisannya)

ž SELEPAS ITU SEMUA ULAMA’ SETEMPAT BERKUMPUL MENGUMPUL HADITH

ž CARA YANG DIGUNAKAN;

i. mengumpulkan hadith yang saling berhubungan pada satu bab

ii.mengumpulkan bab2 dalam satu musanaf

iii.Mereka mencampurkan ahdith dengan fatwa sahabat dan tabi’in

4. PEMBUKUAN DILAKUKAN AKHIR MASA B.UMAYYAH DAN SEMPURNA PADA MASA ABBASIYYAH PERTENGAHAN ABAD 2 h.

Cara Ulama Membukukan Hadith

Pembukuan tanpa saringan – termasuk fatwa sahabat dan tabi’in sehingga terdapat didalamnya hadith marfu’, mauquf dan maqtu’

Contoh ;al- Muawatta’ oleh Imam Malik

Antara Kitab Utama abad ke 2 ini ialah;

1. al-Muawatta’ - Malik

2. al-Musnad – Syafe’i

3. Mukhtaliful hadith

4. al-sirah al-Nabawiah (al-Siyar wa al-maghazi)

Pemisah hadith Tafsir dan Hadith Sirah

Dipelopori oleh Muhammad ibn Ishak yang kemudiannay diriwayatkan oleh Ibn Hisyam.

Golongan pemalsu hadith bertambah luas

Implikasinya, lahir ulama’ bangun mempelajari perawi hadith

Tujuan hadith Palsu Masa Ini…

1. Para propaganda politik

2. Tukang-tukang Kisah

3. Orang-orang Zindik (Mujassimah,Murjiah, golongan tasauf dll)

PERINGKAT KELIMA:
TAJRIDI (MENDHABITKAN), MENTASHIHKAN,TANQIH (MELAKUKAN PEMBAIKAN) – ABAD ke 3H

Latarbelakang

ž Mula terjadi Pertentangan Pendapat antara Mutakallaimin dan Ahli hadith.

ž Antara maslahnya ialah ; perbuatan hamba dan sifat Allah.

ž Ahli Kalam merendahkan martabat ahli al-hadith

ž Implikasinya;

1. Ahli hadith mendapat kedudukan tinggi.

2.Ahli hadith mewarisi ulama’ salaf merupakan benteng kukuh yang tak dapat ditembusi ahli bid’ah

3. Lahirnya golongan yang memalsukan hadis

Cara Pembukuan

i. Mengumpul semua kritik ilmu kalam terhadap ahli hadith samada peribadi atau matan hadith

ii. mengumpul hadith dibawah nama seorang sahabat, sahih atau tidak dalam pelbagai maudhu’ sprt Abu Bakar…

iii. Dengan menurut kitab fiqh dengan bab-bab-satu maslah satu bab dan seterusnya. (ada yg menulis sahih sahaja seperti Bukhari dan Muslim dan ada yg tidak melakukan demikian seperti Abu Daud, Tarmizi dan al-Nasa’i)

Kitab Masa INI.

iv. Ta’wil Mukhtalaf al-hadith-ibnu Qutaibah

v. Musnad Ahmad- Ahmad

vi. Sahih al-Bukhari- Bukhari

vii. Sahih Muslim –Muslim

viii. Sunan al-Nasa’I

ix. Sunan abu Daud

x. Jami’u al-Turmuzi – Tarmizi

xi. Sunan Ibn Majjah

PADA MASA INI MUNCUL IMAM AL-BUKHARI, MENYUSUN AL-SAHIH MENURUT BAB UNTUK KEMUDAHAN MENGAKSES DAN MEMAHAMINYA.

MUNCUL SUNAN AL-SITTAH

MUNCUL SETIAP JENIS HADIS ILMU YANG KHUSUS SPT ILMU HADIS SAHIH, ILMU MURSAL, ILMU ‘ASMA’ WA AL-KUNA.

NAMUN BELUM MUNCUL SATU PERBINCANGAN KAEDAH YANG SPESIFIK

Zaman Penelitian, Penyusunan dan Pengumpulan hadith2 khus(Perinhkat ke 6)

- Kerajaan Islam abad ke4 mula lemah, hanya wujud dalam bentuk kerajaan kecil

- (Fatimiah-Afrika Utara,Ikhsidiah-Mesir,Bani Hamadan-Mousul/Hallab, Syiah Zaidiah-Yaman, B.Buwaih-baghdad dan B. Saljuk.

- 656H Jengis Khan menyerang Baghdad

- Peristiwa ini tidak mematahkan semangat ahli hadith untuk mengembara,mengembang pengetahuan,mengemukakan kitab hafalan kepada guru ditempat lain,mengkeritik, menyaring hadith serta menyusun kitab ilalul hadith,sejarah perawi dan ulum ahdith dengan menggunakan lidah ulama’ yang terdahulu.

- ULAMA ABAD KE 4 MENGUMPUL KITAB ULAMA DAHULU

- MEREKA MENYUSUSN DAN MENTERTIBKANNYA

- SEBELUM INI ULAMA MENGGUNAKAN CARA SYIFAHIYYAH (BERPEGANG KPD KITAB DAN MENDENGAR SENDIRI DARI PENGARANGNYA)DALAM ABAD KE 6 TIADA LAGI CARA INI

- AL-ZAHABI MEMISAHKAN ABAD INI ANTARA MUTAQADIMIN DAN MUTAAKHIRIN.(Penghujung Tahun 300H)

- MENGUMPUL SEMUA BAHAN YANG TERSEBAR DALAM SUSUNAN SATU DISIPLIN ILMU.

- MENAMBAHBAIK SESUATU YANG TERTINGGAL MELALUI CARA RIWAYAT SANAD.

- MELAKUKAN “TA’LIQ DAN MENGELUARKAN HUKUM.

Usaha Ulama’ Paada Periode Ini.

- i.Mengumpulkan isi sahih Bukahri dan Muslim dalam satu Musanaf

- ii.Mengumpul hadith2 hukum

- iii.Mengumpul hadith2 mauidhah (targhib-tarhib)

- Ulama abad ini-Ismail ibn al-Furat,Muhammad ibn Nasar al-humaidi,Muhammad ibn Abdulhaq,Ibn Abi HujjahAhmad ibn Muhammad al-Qurtubi,Husin ibn Masud al-baghawi ibnal-Jauzi

KEMUNCULAN BUKU-BUKU DALAM ULUM AL-HADITH ANTARANYA:

1. AL-MUHADDITH AL-FASIL BAYNA AL-RAWI WA AL-WA’I OLEH AL-QADI ABU MUHAMMAD AL-RAMAHMUZI

2. AL-KIFAYAH FI ILM AL-RIWAYAT OLEH AL-KHATIB AL-BAGHDADI

3. MA’RIFAH ‘ULUM AL-HADITH OLEH AL-NAYSABURI.

Abad ke 7 Hingga sekarang

ž PADA KURUN KETUJUH SEHINGGA KURUN KESEPULUH BERLAKU PENYEMPURNAAN BUKU-BUKU, PEMURNIAN ISTILAH DAN PENYELESAIAN MASALAH.

ž KEMUNCULAN PERBAHASAN DARI SUDUT ILMU DAN DIRAYAT DARI SUDUT SANAD DAN MATAN.

ž ANTARA PELOPORNYA IALAH IBN AL-SALAH YANG MENYUSUN ‘ULUM AL-HADITH” DENGAN KEISTIMEWAAN:

1. MENGEMUKAKAN DENGAN TELITI MAZHAB-MAZHAB SERTA KAEDAH-KAEDAH

2. MENGHADKAN DEFINISI YANG TERDAHULU SERTA MENGEMUKAKAN DEFINISI BARU YANG BELUM MUNCUL SEBELUMNYA.

MEMBUAT KOMENTAR TERHADAP PANDANGAN ULAMA MELALUI PENELITIAN DAN IJTIHADNYA

ž ANTARA KITAB YANG MUNCUL IALAH:

ž AL-IRSAD OLEH AL-IMAM YAHYA BIN SYARF AL-NAWAWI SEBAGAI SATU RINGKASAN BUKU ‘ULUM AL-HADITH.

ž AL-TABBASSURAH WA AL-TADHAKKURAH OLEH AL-HAFIZ ‘ABD AL-RAHIM BIN AL-HUSAYN AL-’IRAQI

ž NUKHBAT AL-FIKR OLEH IBN AL-HAJR AL-’ASQALANI

Zaman Beku dan Jumud

BERPANJANGAN DARI KURUN KESEPULUH SEHINGGA MUNCUL KURUN SEKARANG.

ž BERHENTINYA IJTIHAD PERSOALAN ILMU DAN KEMUNCULAN BUKU/KARYA.

ž HANYA MUNCUL RINGKASAN DALAM BENTUK SYAIR ATAU BAIT

ž PERBINCANGAN LAFAZ YANG DIGUNAKAN OLEH PENYUSUN TERDAHULU TANPA MENYELAMI ISI KANDUNGAN SECARA IJTIHAD DAN EDIT.

ž ANTARA KARYA:

1. AL-MAUNZUMAH AL-BAYQUNI OLEH ‘UMAR BIN MUHAMMAD.

2. TAWDIH AL-AFKAR OLEH MUHAMMAD BIN ISMAIL AL-SAN’ANI.

NAMUN MUNCUL GERAKAN PEMBAHURUAN DALAM HADIS DI INDIA YANG DIPELOPORI OLEH AL-DEHLAWI DAN PENGIKUTNY

ž AWAL KURUN KINI SEHINGGA HARI INI.

ž MUNCUL KESEDARAN TENTANG KEROSAKAN YANG DISEBABKAN OLEH PERCAMPURAN ILMU DARI TIMUR DAN BARAT SERTA TEKANAN KETENTERAAN DAN PENJAJAHAN.

ž MUNCUL SYUBUHAT TERHADAP SUNNAH OLEH ORIENTALIS

Cucu Dato' Merah

Read more...