>> Monday, November 30, 2009

Assalamualaikum wwbkth, salam sejahtera buat semua pejuang agama dan tanah air tercinta. Mutakhir ini ada suatu teori sains yang tiba-tiba muncul dipermukaan bumi ini yang agak menggemparkan para saintis iaitu kemungkinan gempa besar akan berlaku tahun 2012 nanti. Akhirnya orang puteh yang antara percaya dan tidak dengan day of judgment pun telah terkial-kial menyiapkan sebuah film tentang qiamat. Seakan-akan sebuah cerita sains fiksyen yang hebat tetapi bakal menjadi kenyataan. Memang benar fenomena alam boleh terjadi di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Ada yang berlaku tanpa diduga hanya qudrat Allah shja yang mengetahui dan ada juga yang berlaku dengan hasil usaha keji manusia terhadap alam. Sifat rakus manusia yang semakin menjadi-jadi yang bukan sahaja sanggup memusnahkan hidup orang lain dengan kekasaran, menjadi batu api dan penyebar fitnah, tidak cukup dengan memperkosa sesama manusia lalu membunuhnya mereka juga sanggup memperkosa jagat raya lalu menghancurkannya dengan pelabagai jenama pembangunan dan ketenteraan atas nama uji cuba peralatan tentera yang baru dijumpai. Kita tidak faham semakin maju manusia sepatutnya mereka menjadi semakin bertamadun, malangnya jawapan adalah sebaliknya. Semakin maju manusia semakin rakus, kasar, tamak dan semakin hilang peri kemanusiannya. Bagi sang junta, kuasa adalah segala-galanya, darah manusia adalah halal yang penting kuasa. bagi si zalim lagi haloba, fitnah adalah mainan biasa. Bagi penghambur hawa nafsu, keseronokan adalah segala-galanya - jual dan beli sahaja manusia sesuka hati dengan wang ringgit asal nafsunya puas. Justeru itu, sudah sepatutnya sedikit demi sedikit Tuhan pun menunjukkan qudrat dan iradatnya ke atas jagat raya ini. Biar manusia bodoh mengatakan itu adalah fenomena alam, ah! perkara biasa. bagi ahli fikir, mereka termenung sejenak betulkah fenomena ini berlaku begitu sahaja dan bagi mereka yang ada iman, mereka mengatakan Maha Suci Allah .. mungkin benar masanya sudah terlalu hampir dekat untuk manusia dan alam ini seluruhnya pasti akan bertukar ganti.

0 comments: