Bolehkah Rakyat Malaysia Menghayati Kemerdekaan

>> Thursday, August 27, 2009

Nun jauh di belakang sana ratusan peristiwa tanah air telah semakin jauh meninggalkan kita. Semakin hari, bulan dan tahun masyarakat kita menyambut kemerdekaan, semakin meriah dimata semakin tipis nilai merdeka itu disanubari mereka. Bila tiba musim merdeka beratus, malah beribu poster dihabiskan, berjuta bendera dikibarkan disana sini yang akhirnya jatuh dikaki sendiri, terpijak oleh tuan bendera dan tak kurang juga dipijak lori dan bas. Kesian bendera kita, tidak ada orang yang datang menyelamatkannya. Jika dikira kosnya lagi, rasanya beberapa biji rumah kos rendah boleh siap sekiranya dikira dengan kos bendera itu. Sampai bila bila akan dimeriahkan oleh bendera, adakah warna -warni negara itu mampu mengiringi sikap warganya yang hanya suka berpesta bendera tetapi kosong jiwa merdekanya. Apalah ertinya bendera jika mereka tidakpun mengenali Dato' Bahaman, Panglima Dol Said, Tok Janggut, Mat Kilau, Mat Salleh dan ramai lagi yang gugur syahid ditangan penjajah... Orang muda, bila disuruh berpesta, tari menari, buat pertunjukkan memang mantap diiringi dengan bisikkan, "ini life kita akan disaksikan oleh seluruh masyarakat dunia.. buat yang terbaik". Berapa ramaikah di antara penyambut merdeka ini yang membaca, mengkaji, mentelaah dan merasakan empati bersama pejuang kita itu. Bila diinterview dalam tv pun tercungap-cungap er..merdeka ke berapa ye?.


Merdeka perlu dihayati dengan sepenuhnya, mengingat pejuang dengan al-Fatihah adalah adalah lebih utama dari segala-galanya apa lagi sambutan kali ini jatuh dalam ramadhan al-Karim. Membaca sebuah buku merdeka lebih bererti dari menyambut merdeka dengan hiruk pikuk dan jeritan histeria dan sebelah malamnya disambung dengan konsert, kelihatanlah mereka terkinja-kinja di pentas atas nama kemerdekaan. Sadis dan menyedihkan melihat generasi ini.

Bila dinyatakan begini, engkau bertanya lalu siapa yang boleh diharapkan untuk menyambut merdeka? Ya, insan yang terpaut hatinya dengan lakaran sejarah tanah air sahaja yang mampu menghayati sejarah tanah air. Mereka yang belajar sejarah Melayu Melaka dengan undang-undangnya, Batu Bersurat dengan tulisan batu dan isinya, tokoh-tokoh pejuang dengan darahnya, penulis-penulis yang tajam penanya untuk sebuah kemerdekaan. Mereka bukan hidup kini tapi dulu. Malangnya anak-anak kita melupakan mereka, sejarah mereka tidak kita pelajari. Kita biarkan mauskrip itu disimpan rapi di sudut khas khutubkhanah universiti. Kini sudah tiba masanya khazanah itu kita gali buat tatapan generasi ini biar mereka tahu betapa berharganya tulisan itu, cari nilai Melayu tersurat dan tersirat di dalamnya, biar mereka kagum ..oh inilah peninggalan datok ku.. Biar apapun kulit mereka, bumbung ini adalah tempat mencari rezeki, peluh yang mengalir biarlah sampai kekeringat pejuang lama dahulu, meskipun mereka tidak akan balik menjengah kita lagi namun, sekelumit biarlah jiwa pejuang itu hidup dan segar dalam jiwa anak-anak. Didiklah mereka dengan sejarah bangsa, cari nilai diri dalam bangsa sendiri.

0 comments: