Ramadhan Karim dan Manusia Karim

>> Thursday, August 27, 2009


Alhamdulillah sudah 5 hari umat Islam berpuasa, rasanya baru semalam. Begitulah cepatnya masa berlalu meninggalkan kita semua. Ada sahabat yang dulunya berpuasa bersama-sama dengan kita kini sudah tiada lagi, ada ayah yang dulu bermanja dan berbual mesra, kini sudah tidak ada lagi di sampingnya dan ada ibu yang saban waktu mengejutkan kita bangaun sahur, kini sudah tidak kedengaran lagi suara itu. Begitulah hakikatnya kehidupan manusia, letakkanlah setinggi-tinggi kesyukuran di atas peluang dan ruang yang diberikan kepada kita untuk terus menikmati ramadhan karim. Bukan sahaja kenikmatan fizikal yang luarbiasa (kelaparan itu hanya sedikit sahaja) jika dibandingkan dengan kesihatan badan yang akan kita perolehi begitu juga dengan kenikmatan makanan dan minuman yang sangat enak dengan pelbagai juadah berbuka puasa, menarik kan..itulah kenikmatan bulan puasa yang tidak pernah dikecapi oleh bangsa lain didunia ini kecuali kita umat Islam, pantas kalau mereka sentiasa cemburu melihat kita.. tetapi sayangnya hati mereka disaluti kekotoran.

Ramadhan karim, selama hari-hari yang masih wujud ini terasa diri kita bagaikan dipayungi dibawah naungan bulan mulia. Memang lain dari yang lain, walaupun berjauhan dari keluarga semuanya atas kehendak Allah swt. Cuma, bagaimana diri kita mengikut dan menurut ramadahan karim untuk sama-sama menjadi insan karim. Itulah kesukaran yang teramat sangat, puas mencuba, cuba mencari hakikat kebenaran, cuba beribadat dengan rakus namun terasa diri masih jauh mendapatka ramadhan karim sebagaimana yang dilakukan oleh para salih dan salihah dahulu. Bagaimanapun, seperti anak kecil yang belajar bertatih begitulah kita mengejar ramadhan karim, mungkin hari ini kita cuba belajar berjalan walaupun dalam usia yang agak jauh namun tidak menutup kemungkinan ramadhan karim akan menjengah kita atau kita akan menemuinya dengan sempurna pada kali ini. Carilah kesempurnaan diri dalam ramadhan karim ada insan karim alangkah indahnya...

0 comments: