Sejarah dan Pendidikan Bangsa

>> Sunday, August 2, 2009

Tulisan yang cukup menarik sempat saya tatap semalam dalam Utusan Malaysia ialah berkaitan dengan tahap kesedaran sejarah dalam kalangan penduduk di negara ini. Syabas saudara Dr. Ridhuan Tee kerana berjaya membawa isu yang menarik, saudara juga banyak membincangkan isu-isu penduduk Cina di negara ini.


Saya berpendapat sudah tiba masanya para pendidik dan pemimpin negara membongkar semua khazanah sejarah yang wujud sejak beratus-ratus tahun dalam negara ini. Menyelongkar semula tong sejarah adalah jawapan yang sangat munasabah ke atas kefahaman generasi hari ini. Bagi sesetengah orang, perkataan sejarah tidak membawa erti apa-apa, tiada nilai komersial, tidak kompetitif dan tidak releven dengan isu-isu pembangunan ekonomi dan pembangunan. Pembelajaran sejarah pula sangat lesu seolah-olah guru-guru sejarah kematian idea untuk menerapkan idea sejarah ke atas anak didik mereka. Lebih malang lagi, orientasi pendidikan negara juga tidak menjadikan aspek sejarah sebagai penampung kehidupan, jika sebelum ini aspek pertanian ditukarkan kepada teknologi sebagai makanan utama manusia. Kini, sejarah pula menjadi semakin lesu bahkan langsung tidak dijadikan sebagai makanan ilmu seharian bagi kalangan pelajar dan orang dewasa di negara ini.

Akibatnya,
1. Sekiranga pemberatan ke atas aspek sejarah tidak ditekankan ke atas semua kaum dan generasi di negara ini, perasaan rasial akan menjadi semakin menebal. Orang Melayu akan berbanggga dengan Melayunya , Cina dengan Cinanya dan India dengan Indianya. Yang celik sejarahpun cuba menutup kebenaran sejarah dan tuk kurang pula cuba memanipulasikan sejarah yang ada kononnya itulah yang benar. Rujuk tulisan Dr. Ridhuan Tee (Uts.Malaysia. 2/8/09)
2. Mana jatidiri Malaysia ... lebih 50 tahun merdeka jatidiri rakyat Malaysia masih belum nampak apa lagi untuk bercakap tentang nasionalisme dan ptriotisme. Memang benar, penduduk negara kita kaya dengan budi bahasa, tolak ansur, toleransi dan bahasa-bahasa yang sama dengannya sering dikemandangkan. Dalam upaya memperkokohkan semangat tersebut terkadang kita hanya cuba mengutip buah sedangkan dalam masa sama kita terlupa menegakkan pokok yang teguh, membaja dan menyuburkannya. Kita menginginkan pokok yang subur tetapi akarnya tandus, batangnya berkulat.

Tulisan pendek ini tidak akan menghuraikan secara panjang lebar berkaitan dengan isu di atas, sebagai kesimpulan saya merasakan sudah tiba masanya para pemimpin negara mewajibkan semua bentuk pendidikan sejarah k e atas setiap warganegara. Hanya sejarah yang mampu mencelikan semula masyarakat, membentuk jati diri, membina warganegara yang bertanggungjawa untuk hidup dalam sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

0 comments: